Friday, January 28, 2011

Celcom Sapu Duit Prepaid Walaupun Servis Internet "Down"

Malam tadi internet hadapi masalah dari pukul 12 malam hingga pagi ini. Selepas bangun pagi ini, saya cuba buat connection dan ia dah ok. Bayangkan saya subscribe RM5 utk tempoh 24 jam, tapi hanya dapat service kurang dari yang dijanjikan - mungkin hanya 10 jam atau kurang dari itu. Bila saya hubungi Service Centre, mereka katakan ia masalah network dan 'kami tidak dapat buat apa-apa"!  Mudah aja jadi pegawai perunding perkhidmatan.

Sebenarnya masalah connection Celcom yang selalu down memang selalu berlaku, jika anda tak percaya, cubalah langgan internet untuk sehari, pasti ada waktu-waktu dlm tempoh 24 jam itu anda mengalami masalah.
Itu belum langganan untuk seminggu dengan bayaran RM18. Anda mungkin dapat 6 hari sahaja atau lebih malang lagi anda mungkin dapat 4 hari. Itulah jenis perkhidmatan yang disediakan oleh Celcom!


Kerugian dari masalah yg berpunca dari mereka akan ditanggung oleh anda. Saya membangkitkan hal ini bukan semata-mata untuk mendapatkan wang RM5 tersebut, tapi cuba bayangkan jika anda ada laporan kerja yang perlu disiapkan segera dan boss anda mahu anda hantar laporan itu selewat-lewatnya pukul 12 malam, apa akan jadi pada anda jika boss anda anggap laporan anda gagal disiapkan?

Inilah jenis perkhidmatan Celcom yang dikatakan sentiasa "faster, wider", padahal anda merangkak-rangkak untuk muat-turun sesuatu file. Wang anda pula tidak akan dikembalikan jika anda tidak menghubungi mereka berkali-kali, malah perunding seperti cuba mengelak dari anda membuat tuntutan dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak logik. Logik yang saya tahu hanya - jika anda membeli beras 10 kilogram dengan harga RM28, anda tentu dapat beras sebanyak 10 kilogram seperti yang tercatit di bungkusan, jika anda bawa pulang dan mendapati hanya 6 kilogram sahaja, tentu anda akan kembali ke kedai menjual beras itu dan menuntut wang anda atau memulangkan balik beras itu dengan mendapatkan beras jenama lain.

Tidak seperti apa yang ditawarkan oleh Celcom.  Anda akan sentiasa berisiko wang anda akan lesap begitu sahaja jika anda mendiamkan diri. Saya telah hubungi mereka sebanyak 4 kali dari pukul 12:30 malam sampai 8:05 pagi lagi, dan apa yang mereka dapati, tiada laporan tuntutan dibuat oleh saya!  Anda fikirkan sendiri saya terpaksa tidur hingga hampir pukul 3 pagi menelefon membuat tuntutan tapi mereka kata saya tidak membuat tuntutan!

Ini servis yang celaka! Sejak awal blog ini, saya sudah mula menulis tentang servis yang teruk disediakan oleh Celcom. Anda boleh baca di halaman yang lepas-lepas.